Thursday, June 18, 2009

SURAH AL-IKHLAS...sampaikanlah...]

Keberkahan dan Keutamaan (Fadhillah) surah al-ikhlas
======================================================
*Ketika Memulakan Kerja*

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana

dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam

tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar

umpama cacing kepanasan.
======================================================
*Sebelum Masuk Ke Rumah*

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah

salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah

salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan

pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila

malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar

menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,

amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya

menjawab salam malaikat itu.
==================================================

*Ketika Sakit*

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah

Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak

akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan

kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka

melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian

diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
=====================================================
*Khatam al-Quran*

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa

dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah

Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam

Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar

bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil

pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina

Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan

mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan

membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas

sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30

jus Al-Quran.
===================================================
*Pahala Membacanya*

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika

saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy

di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi

ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat

padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara

itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana

kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca

surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya

pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca

surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,

sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat

Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail

a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil

a..s.

Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda

Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara

yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa

anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang

disampaikannya kepada orang lain.

.Wallahu a'lam

1 comment:

affan.com said...

minta izin copy yahh alhamdulillah ilmu yang bermanfaat. syukron